dapat emel from my opismate...
ape salahnyer aku masukkan kt blog aku nie kan..
same2 kite tlg..bantu membantu...
Semoga kita akan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat...
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Semoga kita akan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat...
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Jika ada yang ingin menderma sama ada dalam bentuk wang
ringgit, keperluan harian atau apa saja yang member manfaat sangat
dialu-alukan.
Anak2 ini berusia seawal 2 tahun hingga 7 tahun, ditempatkan
di Rumah Amal Buah Hatiku, Seksyen 7 B.B.Bangi. Mereka ini datang dari keluarga
miskin, asnaf zakat, dan separuh daripadanya adalah anak yatim piatu. Ada 26
anak2 kecil dijaga di rumah amal ini. Menurut kata pengurus, oleh kerana
kekurangan dana, hanya seekor ayam dimasak untuk sehari bagi mengalas perut
anak2 yang ramai ini untuk hidangan tengahari dan
malam. Kadang-kadang mereka hanya dihidangkan nasi dan bebola ikan.Semoga ada
yang sudi menghulurkan apa jua jenis sumbangan ke rumah amal ini supaya anak2
ini dapat menikmati makanan yg berkhasiat untuk tumbesaran mereka. Susu, gula,
beras, milo, minyak, makanan mentah seperti ayam, daging, sayur, buah-buahan.
Juga diperlukan lampin pakai buang, ubat gigi, sabun, ubat2an dan sebagainya.
Anda boleh menyalurkan bantuan terus ke alamat:
No.22, Jalan 7/3C Seksyen 7,Bandar Baru Bangi,
Selangor.
Atau boleh menderma dalam bentuk wang ringgit
ke akaun bank:Maybank: 5628-3461-8936 Nama: Buah Hatiku
Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Puan Asiah (pengurus): 017 392-5392.
Semoga sumbangan anda, walaupun sedikit, dapat
membantu mereka meneruskan hidup yang serba kekurangan ini
No comments:
Post a Comment