Blogger Layouts

Monday, April 15, 2013

Rayyan dah setahun...

fuhhh...
lama betul entry nie tertunggak...eh tertunda...eh...ape-aperlah...
ok...sebenarnyer 14 April 2013 adalah besday Rayyan yg pertama...
wah...dh setahun anak aku...kejap jerk...rase cm baru dulu semalam lahirkan die...
hahhaha....



ok..disebabkan tarikh tu jatuh pada hari Ahad...
kitaorg ade wat makan2 skit utk Rayyan potong kek (mak die yg beria potong kek sebenarnyer)..
buat kt umh wan n atok arop di surada...kitaorg wat lepas asar...suh moyang rayyan baca doa selamat skit..
majlis berjalan lancar..ajak sedara mara n jiran2 jerk..dalam 50 org...

gambar nie aku amik dari FB adik ipar aku @shidahdolmat...aku nyer gambar terperuk dlm camera...tk kuar2kan lagi....erm...nti aku update gmbar lagi ek..

p/s:- semoga rayyan akan jadi anak soleh, beriman, bertanggungjawab, berjaya dunia akhirat...dan akan jaga mama dan ayah hingga akhir hayat...!!! mamam syg Rayyan n Abg Rifqy...n ayah jugaksss......

Thursday, March 28, 2013

Sembahyang itu wajib!!!

nie nak citer kisah anak bujang aku...
selalu kalo aku solat mmg die rajin ikut...
siap ade satu sejadah tuk die...
tp ade satu hari tu....
org baru azan maghrib...
aku bru masuk bilik nk mandi...
tgk die dh amik sejadah..amik kopiah die...
pastu terussss....

 

berdiri tegak...
angkat takbir...
"Allahuakbar..."





pastu terus sujud....
lamaaa....

 
 duduk antara dua sujud...

 yang beshnyer...rifqy tgh2 solat die terdengar adik die nangis kt ruang tamu depan...boleh pulak die lari kuar bilik n jerit kt ayah die...

" ayah...jagalah adik...!!! iqi nak solat nie...jaga adik tau...."

hahahha...
amik kau ayah...
anak dh sound...!!
pastu sambung solat balik...

 sujud lagi

 duduk antara dua sujud...

 
terus....
"mama..iqi dh solat..."
hehehhe...
terus bangun kuar bilik n main car..

tak lama tu pulak...
jeng..jeng..jeng...
tgk sape yg dtg...
terkedek-kedek merangkak masuk bilik...




adik pun nak solat yer syg...????
bagus anak2 mama...
alhamdulillah...
moga jadi anak2 yg soleh....

Malah dalam satu hadis Nabi s.a.w. berkata 
  sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan”  
(H.R. Atthabarani)

Dalam hadis Nabi s.a.w. disebutkan:  
Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.”

Wednesday, March 27, 2013

40 peratus cerai angkara pihak ketiga

 

Kuala Lumpur: “Berdasarkan statistik kes perceraian, 30 hingga 40 peratus daripadanya berpunca daripada pihak ketiga,” kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan usaha memperkasakan penguatkuasaan undang-undang bagi menghukum orang ketiga yang didapati menjadi punca berlaku kes perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Perkara itu dinyatakan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Tan Sri Ibrahim Lembut ketika menghadiri Bengkel Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Islam anjuran Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di sini, semalam.

Musa berkata, peruntukan undang-undang terhadap kesalahan itu sudah ada namun terdapat kekangan melaksanakan secara menyeluruh kerana ia dalam bidang kuasa jenayah syariah.
“Pihak ketiga ini termasuk kekasih lama dan pihak keluarga yang terdiri daripada ibu, ayah serta adik-beradik. Untuk mendakwa golongan ini sebagai punca perceraian pembuktian perlu kuat dan tidak boleh bersandarkan kepada aduan semata-mata.

“Dalam hal ini hukuman denda lebih tinggi juga mungkin boleh diperkenalkan,” katanya.


“Wahai orang-orang yang beriman, sabarlah dan cukupkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu dan patuhlah kepada Allah, supaya kamu beroleh kemenangan.”
Surah Ali Imran ayat: 200

Wednesday, March 20, 2013

Rahsia Personaliti Bulan MAC


oleh sebab aku lahir bulan MAC kan...
so aku letak kt sini personaliti org2 yg lahir bulan ini...
aku rase yg ini more to ciri2 pada pasangan masing2..

Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan
-Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Persaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
- Suka menuduh melulu tanpa usul periksa.
- Berprasangka terhadap pasangan.
- Pasangam Ideal: Lahir dalam bulan 1,5,10,12.
- Kebanyakkan orang Eropah lahir dalam bulan ini.


Yang ini pulak adalah kajian telah dibuat oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan


Allahualam...

besday present...

cantek tak??? cantek kan...
hehehehe...
present from my opismate/ member baik Mira...
yg budak lelaki tu tkde kene mengena ngan aku eh...
die opismate aku / teman bergaduh yg kebetulan besdaynyer sehari selepas aku...
hehehhe...
hensem kan?? cantik kan???

opssss....lupe nk bgtau korg...
org2 yg lahir bulan MAC mmg cantek2 n hensem2...
hahhahaha...

p/s:- nak suh my hubby guna mug nie bile buat air..biar die sentiasa tgk muke bini die nie haa...hahahha...puiii...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...