Blogger Layouts
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, March 27, 2013

40 peratus cerai angkara pihak ketiga

 

Kuala Lumpur: “Berdasarkan statistik kes perceraian, 30 hingga 40 peratus daripadanya berpunca daripada pihak ketiga,” kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan usaha memperkasakan penguatkuasaan undang-undang bagi menghukum orang ketiga yang didapati menjadi punca berlaku kes perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Perkara itu dinyatakan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Tan Sri Ibrahim Lembut ketika menghadiri Bengkel Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Islam anjuran Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di sini, semalam.

Musa berkata, peruntukan undang-undang terhadap kesalahan itu sudah ada namun terdapat kekangan melaksanakan secara menyeluruh kerana ia dalam bidang kuasa jenayah syariah.
“Pihak ketiga ini termasuk kekasih lama dan pihak keluarga yang terdiri daripada ibu, ayah serta adik-beradik. Untuk mendakwa golongan ini sebagai punca perceraian pembuktian perlu kuat dan tidak boleh bersandarkan kepada aduan semata-mata.

“Dalam hal ini hukuman denda lebih tinggi juga mungkin boleh diperkenalkan,” katanya.


“Wahai orang-orang yang beriman, sabarlah dan cukupkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu dan patuhlah kepada Allah, supaya kamu beroleh kemenangan.”
Surah Ali Imran ayat: 200

3 comments:

  1. JM nak jadi pihak ke 4...ahahaha

    Dari info yang JM terima setiap 15m ada sahaja kes perceraian dari pelbagai punca..hrmmm

    Hanaya kepada Allah kita berdoa agar perkahwinan kekal ke akhir hayat..chee wahh ckp mcm dh kahwin..heeee

    ReplyDelete
  2. zaman skrg nie mcm2 berlaku JM...hanya iman yg kental mampu mempertahankan segalanya...

    doakan semoga jodoh kite sume akan berpanjang hingga ke syurga dan dijauhkan dari segala perkara2 yg tidak elok...

    amin...

    semoga JM dpt jodoh yg baik2 dan kekal hingga ke Jannah...

    ReplyDelete
  3. banyak punca penceraian selain drp pihak ke 3..klu skndal tu, tak ley jgk nak slhkan pihak ke 3 sbb tepuk sebelah tgn takkan brbunyi.pe pun psgn yg dah berkahwin kena byk brsbr dan ingat tanggungjwb msg2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...